Thursday, August 14, 2008

Perubahan

Dalam zaman yang moden ini, semua perkara melalui fasa perubahan. Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan itu membawa kepada kemajuan, tetapi kita tidak berfikir akan kesan perubahan itu.

Mungkin saya mengulangi apa yang telah dikatakan oleh ‘blog’ seseorang yangku kenali itu namun saya melakukannya bagi menyedarkan akan perubahan yang membawa kesan buruk kepada kita. Perubahan yang saya maksudkan itu ialah perubahan iklim, yang mana dari kemajuan Teknologi kita telah mencemarkan udara dan menyebabkan perubahan pada iklim, atau ‘Global Warming’ yang mana ini merupakan isu hangat yang sedang diperbincangkan oleh pelbagai pihak. Namun ceritaku kali ini bukan untuk membincangkan mengenai perkara ini tetapi ‘perubahan’ melalui pengalaman.

Orang yangku kenali itu mengatakan mengenai perubahan dari ketikanya membesar di alam 70-an. Saya ingin menceritakan pula perubahan dari zaman saya dilahirkan, pada tahun 90-an hingga ke hari ini.

Saya teringat pada ketika ku masih kecil, aku sering kali menonton televisyen atau mendengar radio. Rancangan kartun sentiasa menjadi tatapanku waktu itu. ‘Sesame Street’ merupakan rancangan kanak-kanak yang pertama ku tonton pada waktu itu. Saya pasti ia masih ditayangkan sehingga masa kini. Elmo, Big Bird, Cookie Monster dan Ernie serta ramai lagi watak-watak lain selalu membuatku ketawa sambil belajar ketika itu. Radio pula selalu memainkan lagu yang perlahan dan sedap didengar, tidak seperti hari ini, malas aku menyebutkan lagu-lagu yang bagaimana, lagu-lagu yang mementingkan kepala.

Sebelum adanya ‘decoder’, rangkaian Brunei sentiasa menjadi tatapan. Ada ketika itu, ‘Mighty Morphin Power Ranger’ dimainkan dan menjadi kegilaan setiap kanak-kanak yang sebaya denganku. Watak-watak seperti Tommy, Jason, Billy, Zack, Kimberly dan Trini sentiasa dikatakan dalam perbualan harian kami. Pada hari ini, bermacam-macam versi ‘Power Ranger’ ditayangkan sehingga kita tidak tahu yang mana satu mana.

Ketika ada ‘decoder’ di rumah masing-masing, semakin banyak kartun yang ditonton seperti ‘Captain Planet’, ‘Speed Racer’, ‘Swat Cat’, ‘Popeye’ , ‘Flintstones’, ‘Yogi Bear’ dan bermacam-macam lagi. Pada masa ini, aku ingin sekali menonton rancangan-rancangan yangku tonton ketika itu namun rancangan-rancangan itu telah ditukar dengan yang lain seperti ‘Spongebob’ dan ‘Ben 10’.

Pada masa kini, ku lihat tidak lagi banyak kanak-kanak yang lari berkejaran, bermain permainan seperti ‘Polis dan Pencuri, ‘Carah Kaki’ dan ‘Carah Jangkau’ seperti yangku mainkan dulu bersama teman-teman disekolah rendah dan sekolah ugama. Walaupun berlakunya kecederaan, pergaduhan dan sebagainya namun tidak pernah kami ambil hati. Kadang-kadang, ada pelajar dari tingkatan lain turut menyertai permainan kami lalu mengikat tali silaturrahim dengan yang lain. Selain itu, permainan yang kami mainkan itu menyhatkan badan kerana kita menggerakkan semua bahagian badan kita. Keseronokan ketika kecil itu membuatkan kita tidak ingin cepat membesar.

Namun aku sedih melihat kanak-kanak masa kini, permainan sebegitu telah diganti dengan permainan elektronik seperti ‘PS2’ dan permainan didalam telefon bimbit. Aku sedih kerana mereka tidak dapat merasakan keseronokkan yang telahku alami masa dulu. Itulah perubahan. Aku tetap menyukai perkara-perkara yang dahulu, walaupun sering kali ku diberitahu yang aku ini ‘Classic’ atau ‘ol skool’ atau kadang-kadang ‘stail lama’ nya orang Brunei tetapi perkara itulah yang aku rindu. Aku tidak mengatakan yang aku benci akan perubahan yang berlaku, malah ada sesetengah perkara yang aku rasa berguna seperti telefon bimbit dan pemain MP3.

Seseorang pernah mengatakan bahawa apa yang kami lalui ketika kita membesar, perkara yang kita pelajari, yang kita tonton, yang kita lalui, adalah untuk diajarkan kepada generasi akan datang, kepada anak-anak kita, suatu yang boleh kita ceritakan kepada cucu-cucu dan sebagainya.

Contoh yang boleh kita ceritakan kepada cucu-cucu kita,

Masa nini muda-muda dulu, mana ada ni nini main game kamu ani. Kami dulu main carah kaki, carah tapuk, main polis n thief…

No comments: