Thursday, August 14, 2008

Masa

Orang ramai sentiasa mengatakan mereka tidak ada masa atau tidak cukup masa, namun Pernahkah anda terfikir bahawa masa itu sentiasa berjalan dan samada ia cukup atau tidak, terpulang kepada setiap individu dalam cara penggunaannya.

Aku terbaca dari sebuah ‘blog’ yang dimiliki oleh seseorang yang aku kenali seumur hidupku, mengatakan mengenai masa, betapa pantasnya masa berlalu, dalam sekelip mata, tanpa disedari banyak masa telah terbuang, kebanyakannya untuk melakukan perkara yang sia-sia.

Aku bersetuju dengan kata-katanya itu kerana aku sendiri dapat merasakannya. Sebagai contoh, tanpaku sedari, setengah tahun telah berlalu dengan pantasnya kerana aku merasakan baru saja Kelmarin aku melangkah ke tahun yang baru, memulakan hidup yang baru bagi menimba pengalaman baru.

Aku sering sekali mengimpikan untuk memiliki sebuah mesin yang membolehkan aku kembali ke masa lampau atau jika boleh, ke masa akan datang. Mesin ini lebih dikenali dengan nama ‘Time Machine’ atau ‘Mesin Masa’. Dengan adanya mesin ini, aku dapat kembali ke masa dulu bagi membetulkan semua kesilapan yang telahku lakukan. Namun ia suatu yang mustahil kerana sebab-sebab yang terlalu rumit untukku terangkan.

Selain itu, aku juga ingin memiliki sebuah mesin yang boleh memberhentikan masa atau melambatkan masa berlalu kerana dengan adanya mesin ini, aku dapat menikmati hari-hariku dengan sepenuhnya, tanpa menghiraukan masa untuk Melalui hari itu telah berlalu.

Memang seronok jika difikirkan tetapi kita tidak pernah memikirkan akan kesan akibat kita melakukan perkara-perkara tersebut. Misalnya, jika kita kembali ke masa lampau untuk membetulkan kesilapan kita, maka kita tidak dapat belajar dari kesilapan itu. Saya pernah, malah selalu mendengarkan ayat ini, “ We learn from mistakes,” atau dalam Bahasa Melayunya, “Kita belajar dari kesilapan,” dan saya 100% setuju dengan ayat ini.

Akhir kata dariku, “ MASA ITU EMAS, JANGAN BAZIRKANNYA”.
Bagi sesiapa yang tidak memahaminya, maka dia adalah seorang yang rugi.

No comments: